Nangka

Seorang petani bengang dengan perangai budak-budak nakal yang selalu mencuri nangka di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Dia pun meletakkan di depan kebunnya papan tanda yang besar.

'AWAS.. SATU DARI NANGKA-NANGKA INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati nangka-nangkanya itu tidak dicuri lagi..

Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik nangka-nangkanya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada nangkanya yang hilang... tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..

'AWAS KEDUA-DUA NANGKA INI TELAH DISUNTIK RACUN'