Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ica geram melihat suaminya Amirudin yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Amirudin. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Amirudin tercengang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya.
Amirudin : Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...
Ica : Ya, saya percaya.
Amirudin : Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana awak percaya abang tak raba?
Ica: Sebab saya yang raba...